SMART LAMP
>> Wednesday, October 28, 2009
SINOPSIS PROJEK
’Smart Lamp’ ini merupakan produk inovasi menggunakan sains dan teknologi baru. Ia menggunakan teknologi sensor kepekaan terhadap suhu tubuh badan manusia. Lampu ini akan menyala apabila terdapat seseorang bergerak dalam kawasan tersebut. Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk menjimatkan tenaga elektrik dan kos pembayaran penggunaan eletrik. Produk ini sangat sesuai digunakan oleh pengguna untuk mengurangkan pembaziran. Selain itu, ’Smart Lamp’ ini juga dapat mengurangkan penggunaan suis kerana pengguna tidak perlu menggunakan suis untuk menyalakan lampu. Dalam projek ini penggunaan suis telah digantikan dengan penggunaan sensor untuk mengesan kehadiran manusia bagi membolehkan lampu menyala. Tujuan ’Smart Lamp’ dihasilkan bagi meningkatkan kualiti hidup manusia yang semakin membangun mengikut arus permodenan semasa. Kegunaan ’Smart Lamp’ ini adalah bagi mengatasi masalah pembaziran elektrik kerana pengguna tidak perlu membuka dan memadam lampu selepas menggunakannya. Ia juga sesuai bagi kegunaan golongan warga emas dan kurang upaya yang mempunyai masalah untuk menekan suis. Selain itu, ’Smart Lamp’ dapat menyelesaikan masalah dimana pada waktu gelap kedudukan lampu biasa sukar untuk dikesan. Produk ini boleh dikomersialkan kerana mempunyai nilai pasaran. Produk ini dapat memudahkan kehidupan manusia terutama bagi golongan warga emas, kanak-kanak dan golongan kurang upaya kerana mereka tidak perlu menekan suis lagi.
OBJEKTIF
i. Menjimatkan kos elektrik.
ii. Mengurangkan penggunaan suis.
iii. Meningkatkan kualiti hidup
ii. Mengurangkan penggunaan suis.
iii. Meningkatkan kualiti hidup
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PROJEK
a. Kelebihan
i. Smart Lamp ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia hanya berfungsi apabila sensor dapat mengesan pergerakan manusia yang menghampiri lampu ini.
ii. Mempunyai nilai komersial kerana ramai pengguna yang inginkan produk yang dapat memudahkan penggunaan kerana pengguna tidak perlu untuk menekan suis untuk membuka lampu.
iii. Selain memudahkan kita dengan tidak perlu menekan suis, produk ini juga dapat memudahkan kanak-kanak yang rata-rata tidak mempunyai ketinggian yang cukup tinggi untuk menekan suis.
iv. Produk ini dapat memudahkan kehidupan manusia terutama bagi golongan warga emas dan golongan kurang upaya kerana mereka tidak perlu menekan suis.
b. Kelemahan
i. Kos yang agak mahal dalam jangka masa pendek berbanding dengan penggunaan suis yang biasa digunakan.
ii. Memerlukan orang yang berkemahiran untuk memasang Smart Lamp ini.
SENARAI BAHAN DAN KOMPONEN
LUKISAN AUTOCAD
LANGKAH KERJA DAN GAMBARAJAH PEMASANGAN
Plywood dipotong mengikut ukuran yang sesuai. Bracket besi digunakan untuk membuat tiang untuk dijadikan lorong.
Gambarajah di atas menunjukkan litar yang dilengkapi sensor yang digunakan untuk mengesan pergerakan manusia. Apabila sensor tersebut mengesan pergerakan manusia, lampu akan menyala.
Sensor dipasang pada model lorong. Kemudian wayar daripada sensor itu akan disambungkan kepada mentol lampu.
Ketiga-tiga sensor dipasang pada permulaan, tengah, dan penghujung plywood untuk mendapatkan jarak keluasan yang lebih besar.
Mentol lampu akan disambungkan pada sensor iaitu satu lampu pada satu sensor. Mentol akan menyala mengikut sensor yang dapat mengesan pergerakan manusia atau objek.
Gambarajah di atas menunjukkan gambaran prototaip yang telah dibangunkan, dari sudut pandangan atas.
Setelah sensor dan lampu sudah siap dipasang, penutup diletakkan di bahagian atas bagi membentuk seperti lorong.
Gambarajah di atas menunjukkan prototaip yang telah siap dipasang. Bahagian tepi ditutup bagi menjadikan keadaan menjadi gelap kerana sensor ini telah disetkan akan menyala pada waktu malam atau dalam keadaan gelap. Namun lampu hanya akan menyala apabila sensor dapat mengesan pergerakan manusia atau objek.
1 comments:
comel lapu demo
Post a Comment